Bolehkah mykad kita disimpan dan diambil oleh pengawal keselamatan
Bolekah MyKad kita Disimpan dan Diambil Oleh Pengawal Keselamatan atau pun pihak lain ?
Ada sesetengah bangunan yang mensyaratkan untuk tinggalkan kad pengenalan sekiranya ingin memasuki bangunan tersebut. Bolehkah mereka simpan kad pengenalan kita?
Tidak boleh sama sekali. Berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain,kecuali mendapat kuasa secara bertulisdaripada ketua pengarah JPN. Ini bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad dan agar maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Adalah menjadi kesalahan dibawa Akta Pendaftaran Negara 1959 kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain. Sekiranya pihak tersebut ingkar mereka akan dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Namun demikian berdasarkan peraturan Pendaftaran Negara membenarkan,pemilik bangunan atau Negara pengawal keselamatan yang bertanggungjawab berhak menelitiny.
Berdasarkan laporan daripada website astro awani. Pada 22/12/2016, tujuh individu sindiket jualan kad pengenalan palsu diberkas. Mereka munjual kad pengenalan palsu dengan harga lingkungan RM1,500 bagi kad pengenalan murah manakala yang mahal RM10,000 hingga 15,000.
Berhati-hati dengan maklumat dalam kad pengenalan anda. Jangan disebarkan ke mana-mana bimbang kalau berlaku kecurian identiti atau identity theft yang akan menggunakan nama anda untuk permohonan hutang atau kesalahan jenayah.
Ulasan
Catat Ulasan