Cara Membuat Resume dan contoh Resume Temuduga


Setiap kali ingin di temuduga pasti resume merupakan sesuatu yang disebut-sebut. Bagaimana cara membuat resume? Diakhir penulisan ini saya sertakan sekali contoh resume temuduga untuk diberikan percuma kepada calon temuduga. Resume merupakan sesuatu dokumen yang tidak kurang penting kerana ia menggambarkan secara ringkas maklumat penting diri berkaitan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Melalui penyataan ringkas dan berpusat ini senang memberikan gambaran awal kepada penemuduga untuk bertanya soalan dan membuat pilihan.
Apa yang perlu ada di resume?
Baiklah, dibawah saya sertakan contohkan resume:
Hafiz Muhsin
No. 119, Jalan Serunding
18500 Machang
Kelantan Darul Naim

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA
Menyumbang dalam bidang pendidikan dengan minat mendidik demi menyediakan insan yang berilmu, beretika dan mampu menjadi insan yang berkebolehan menjana kelebihan diri untuk masa depan yang cemerlang.

Baca juga : Strategi Betul Pilih Krusus Pengajian Tinggi Lepasan SPM dan STPM

 MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh: Hafiz Muhsin
Umur: 21 tahun
Tarikh lahir: 21 Ogos 1985
Bangsa: Melayu
No. K/P: 85xxdd-mm-aaaa
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN
Institusi: Universiti Sains Malaysia
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Geografi


Sumber : Cara membuat resume dan contoh resume temuduga


Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Ogos 2008
Institusi: SMK satu dua tiga
Bidang Pengajian: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM
Kelulusan: 3.5
Tamat:Julai 2004
Institusi: SMK satu dua tiga
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: 5A 2B 1C
Tamat:Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM
  •  Pengerusi, Kelab Alam Sekitar, Universiti Sains Malaysia, 2007
  • Presiden, Badan Pengawas Sekolah, 2001
  • Mewakili Daerah Machang  dalam sukan bola sepak, 2000
  • Pengerusi/ Sarjan Mejar dalam pasukan Kadet Polis, 1999
  • Mewakilli sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, 1999




Baca juga : Apa itu bidang pengurusan IT

KEMAHIRAN
  • Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word,Excel dan Power Point)
  • Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik
Tamat ( Jangan tulis ini )  
 Tips
Sedikit tips, sekiranya menulis resume kadangkala perlu mempunyai maklumat tambahan lain seperti pengalaman kerja, kebolehan. Saya galakkan sahabat untuk menerbitkan kelebihan diri dan nyatakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Tuliskan secara ringkas dan tepat.
Diakhir resume perlu mengandungi nama rujukan untuk dihubungi supaya senang proses penilaian dibuat.
Bahan Resume
Mungkin ada antara kita yang mahukan softcopy resume untuk di download. Saya secara sukarela ada sediakan softcopy, tetapi resume ini sebenarnya ia mengikut keperluan dan kriteria pemilihan semasa temuduga. Resume yang ada ini pernah saya gunakan kepada beberapa anak didik saya yang kini berjaya ditawarkan dalam bidang pendidikan dan kerja. Tetapi resume yang ada bukanlah dijamin berkesan atau tepat, resume ini sebenarnya sebagai “kit” salah satu kelengkapan sahaja untuk ditemuduga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belum oder ,barang dah sampai