TIPS PEMASARAN ONLINE

ELAK LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA BERNIAGA

1) TAK KENAL PRODUK
Anda sebagai seorang peniaga harus tahu tentang produk anda dari segala aspek contohnya manfaat produk anda, bahan-bahan yang digunakan, packaging dan lain-lain. Kesilapan ini sering dilakukan oleh dropship kerana mereka tidak tahu tentang produk yang mereka jual secara menyeluruh dan kadang-kadang pelanggan lebih tahu daripada mereka.

2) MUNGKIR JANJI
Jika anda sudah janji nak hantar produk pada pelanggan dalam tempoh 3 hari sahaja, tunaikan…buat sehabis yang baik. Jangan hanya berikan janji-janji manis hanya nak dapatkan untung semata-mata.

3) PILIH KASIH ANTARA PELANGGAN (BIAS)
Dalam bisnes, anda tidak boleh lebihkan satu pelanggan dgn pelanggan  yang lain. Apabila pelanggan rasakan yang mereka seperti tidak dilayan, dianaktirikan atau diabaikan, mereka akan terus ‘lari’ dari anda dan cari pesaing anda. Malah lagi teruk sekiranya mereka ceritakan kepada kawan-kawan mereka tentang layanan buruk anda. Bukankah itu satu kerugian?
Sebab itu, penting untuk anda menghargai setiap customer anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belum oder ,barang dah sampai

Cara Membuat Resume dan contoh Resume Temuduga