TIPS PENJAGAAN KAKI DAN LUTUT
PENJAGAAN KAKI DAN LUTUT
Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kaki dan lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki dan lutut tidak hanya berlaku pada golongan orang tuaa sahaja.
Antara penyebab masalah pada kaki dan lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan di lutut.
Antara tips untuk menghindari sakit kaki dan lutut ialah :
1. Elakkan berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan.
2. Pastikan kaki dan lutut duduk dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
3. Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih dari 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh ia akan memburukkan lagi keadaan.
7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
Jadi, jagalah KAKI DAN LUTUT anda.
MENCEGAH SEBELUM MELARAT.
Anda sudah amalkan tips di atas, InsyaAllah dapat membantu masalah sakit kaki dan lutut anda.
Ulasan
Catat Ulasan